Program SLAD Kebangsaan

Negara memerlukan golongan remaja yang sihat fizikal, mental, emosi, intelek dan spiritual bagi membangunkan masa depan yang lebih cemerlang. Kursus Kepimpinan Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan salah satu cabang yang penting dalam Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Golongan remaja bukan sahaja mempelopori gaya kehidupan semasa malah mereka adalah generasi pelapis negara yang harus diberikan perhatian yang sewajarnya agar terhindar daripada gejala negatif.

Kursus Kepimpinan Skim Lencana Antidadah ini dianjurkan bertujuan memberi pengukuhan Pendidikan Pencegahan Dadah  di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang berketrampilan dan berkeupayaan dalam menyampaikan mesej antidadah. SLAD juga adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Unit Badan Beruniform sekolah menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar. Pengaruh rakan sebaya sangat penting dalam pembentukan sahsiah murid. Oleh itu, peranan rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah adalah lebih berkesan melalui kaedah penyampaian yang diperkasa dan diperluaskan mengikut peredaran masa. Usaha yang dijalankan secara berterusan untuk mencegah penglibatan murid terhadap penyalahgunaan bahan terlarang disamping membantu menyebarluaskan mesej dalam kalangan rakan sebaya, keluarga dan komuniti.

Program ini dirancang adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan aplikasi modul secara eksklusif dengan menekankan konsep pengetahuan digital kepada para peserta bersesuaian dengan penggunaan teknologi maklumat pada masa ini. Pemimpin SLAD perlu diberikan pendedahan melalui latihan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang berkesan dalam penyampaian mesej antidadah serta pembentukan sahsiah terpuji dalam kalangan murid.

Nama : Nur Syarifah Syazwina Binti Mohd Ali
Sekolah : SMK Methodist
Ppd : Kuala Langat
Kejayaan dlm slad kebangsaan : Tempat ke-17  dalam kuiz siri 2

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *